Kerjaya kelab Raïs_M'Bolhi

Kerjaya awal

M'Bolhi bermula bermain bola sepak ketika bersama RCF Paris. Kemudian, beliau menyertai Olympique de Marseille, namun beliau tidak membuat penampilan liga bersama Marseille sejak bersama kelab itu pada Januari 2006.

Selepas bersama Marseille, M'Bolhi ke kelab Scotland, Heart of Midlothian dalam perpindahan Januari.[3] Walau bagaimanapun, beliau tidak membuat sebarang penampilan bersama kelab tersebut dan dibenarkan pergi ke kelab lain.

M'Bolhi menandatangani bersama kelab Greece, Ethnikos Piraeus yang bertanding di Beta Ethniki. M'Bolhi membuat 5 penampilan bersama Ethnikos sebelum meninggalkan kelab itu pada musim sejuk untuk ke kelab sensasi, Panetolikos yang bertanding di Gamma Ethniki.

Pada tahun 2008, M'Bolhi bermain sebanyak 22 perlawanan untuk F.C. Ryūkyū di J. League.

Slavia Sofia

Pada Mei 2009, kelab Bulgaria, Slavia Sofia menandatangani M'Bolhi dalam kontrak selama dua tahun. Beliau membuat debut bersama Slavia pada 14 Jun 2009 menentang Lokomotiv Sofia. Pada Januari 2010, M'Bohli telah dinamakan sebagai "Penjaga Gol Terbaik 2009" A PFG. Penyokong Slavia menamakan beliau sebagai pemain terbaik pada musim 2009–2010.

Pada 6 Mei 2010, M'Bohli menyertai perbicaraan selama dua hari bersama juara Inggeris, Manchester United tetapi tidak dipilih untuk memasuki skuad itu.[4] Pada 23 Jun 2010, kelab Inggeris Newcastle United melaporkan telah membida beliau sebanyak £1juta.[5]Pada 22 Julai, beliau berlatih bersama West Ham dalam kem latihan musim panas di Jerman.[6][7]

CSKA Sofia (pinjaman)

Beliau telah dipinjam oleh kelab CSKA Sofia pada 30 Ogos 2010 sehingga hujung tahun. Selepas aksi yang tidak memuaskan oleh Ivan Karadzhov dan Zdravko Chavdarov, M'Bolhi menjadi pilihan pertama penjaga gol untuk setengah musim pertama dan peringkat kumpulan Liga Eropah UEFA. M'Bolhi tidak bermain dalam aksi menentang kelab asalnya, Slavia Sofia dalam pusingan ketujuh A PFG Bulgaria.[8]

Krylia Sovetov

Pada 16 Disember 2010, M'Bolhi berpindah ke kelab Rusia, Krylia Sovetov Samara dengan menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun. Debut beliau bersama Krylia pada 12 Mac 2011, apabila tewas 1-0 kepada Spartak Nalchik, gol yang dilakukan oleh Spartak Nalchik hanya gol dari kotak penalti. Selepas menandatangani Sergey Veremko, M'Bolhi mendapati dirinya tidak sesuai bersama kelab Rusia itu.[9]

CSKA Sofia (pinjaman)

Beliau telah dipinjam ke CSKA Sofia pada 2 Ogos 2011 untuk tempoh setahun dan menjadi pilihan pertama untuk pasukannya tetapi dipanggil semula oleh kelab Rusia. Ketika musim panas 2012, M'Bolhi kembali ke CSKA Sofia untuk menandatangani tetap.[10]

Gazélec Ajaccio (pinjaman)

Ketika pertengahan bulan Januari 2013, M'Bolhi telah dipinjam oleh kelab yang bertanding di Ligue 2, Gazélec Ajaccio.[11] Beliau membuat debut bersama Ajaccio pada 1 Februari 2013 menentang RC Lens, tewas 2-0.[12] Pasukannya telah turun ke Championnat National semasa pengakhiran musim dan beliau kembali semula ke CSKA Sofia pada musim panas 2013 dengan menandatangani kontrak tiga tahun.[13]

CSKA Sofia (kali ketiga)

M'Bolhi menjadi pilihan ketiga penjaga gol untuk pasukan "Armymen",[14] tetapi beliau memulakan aksi bersama CSKA Sofia pada akhir tahun 2013 selepas Tomáš Černý melakukan aksi tidak memuaskan.[15] Pada 8 Mac 2014, M'Bolhi tidak dibolos apabila menang tipis 1-0 ke atas Levski Sofia dalam aksi "The Eternal Derby" tetapi dibuang padang akibat mengasari Larsen Touré pada minit akhir perlawanan.[16] He continues to be a regular for Algeria.

Philadelphia Union

Pada 30 Julai 2014, M'Bolhi menandatangani kontrak baru bersama kelab Major League Soccer, Philadelphia Union.[17] M'Bohli kemudiannya telah diajak untuk ke Trabzonspor di mana terdapat pengurus Vahid Halilhodžić dan rakan sepasukan Carl Medjani.[18]

Walau bagaimanapun, penampilan sulungnya telah ditangguhkan sehingga 25 Ogos (4: 2 menang ke atas San Jose Earthquakes)[19] selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta di Paris, Perancis dan terpaksa menyelesaikan isu kertas kerja. M'Bolhi telah menyarung jersi nombor 92.[20][21]

Rujukan

WikiPedia: Raïs_M'Bolhi http://topsport.ibox.bg/football.live.php?match=89... http://topsport.ibox.bg/news/id_1359976592 http://topsport.ibox.bg/news/id_1672145918 http://topsport.ibox.bg/news/id_1726335325 http://topsport.ibox.bg/news/id_540609833 http://football.sportal.bg/news.php?news=377401 http://goals.by/football/news/73568 http://africanfootball.com/news/439621/MBolhi-Medj... http://www.cafonline.com/competition/african-cup-o... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi...